Friday, November 13, 2009

Exam is coming..!!!

haiyaaa....inda batah g kan exam..revision week start on the 16th. so a very good luck girls. Kelab netball rehat lu time revision week and exam. see u girls next year lah. do check this blog for any update..

Good Luck in your exam and happy holiday. :D :D

Friday, October 23, 2009

Applause to all participants!!!!

Diucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring yang telah mengambil tempat pada 21hb Oktober 2009 yang telah dianjurkan oleh Kelab Bola Jaring sempena Pesta Konvo 2009.

Enam buah pasukan telah berentap dalam pusingan Round Robin bagi merebut gelaran juara iaitu:
  1. D-Xtreme
  2. 'X' Spark
  3. Black Ivy
  4. Tixen Wolf
  5. IM
  6. UNeC

Pasukan UNeC telah menjadi Johan keseluruhan dengan 15 mata. Tempat kedua disandang oleh pasukan 'X' Spark dengan 12 mata dan Black Ivy berjaya mendapat tempat ketiga dengan 6 mata.

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kejohanan in.

Pengerusi -96-

Monday, October 19, 2009

Perjumpaan Ketua-Ketua Pasukan yang mendaftar untuk Kejohanan Bola Jaring Sempena Pesta Konvo Yg ke-21 Anjuran Kelab Bola Jaring UBD

dimaklumkan kepada semua ketu-ketua pasukan untuk dapat menghadirikan diri ke Perjumpaan ini yang diadakan pada:-

Tarikh: 19/10/2009 (Isnin)
Tempat: CLT G12 (SHBIE)
Jam: 4.30ptg

*jika sekiranya ketua pasukan tidak dapat menghadirkan diri, diharap dapat menghantar wakil pasukan*


Sekian Terima Kasih.

Friday, October 9, 2009

Kejohanan Bola Jaring Sempena Pesta Konvo yg Ke-21 tahun 2009 Anjuran Kelab Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam

Kelab Bola Jaring UBD ingin menjemput semua mahasiswi-mahasiswi UBD untuk menyertai dan memeriahkan lagi acara kejohanan yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 21hb dan 25hb Oktober 2009
Hari: Rabu & Ahad
Masa: Rabu (2-7pm), Ahad (8pagi hingga selesai)
Tempat: Kompleks Sukan UBD

sila hubungi 8659838 (Lej) untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, September 29, 2009

Friendly Match bagi Pasukan Bola Jaring UBD

Dimaklumkan kepada semua pemain bola jaring UBD untuk datang friendly match dengan pasukan Revival yang akan mengambil tempat di Kompleks Sukan UBD pada jam 5pm-7pm.

Harap maklum.
-96-

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli Kelab Bola Jaring UBD, rakan-rakan seperjuangan, mahasiswa dan mahasiswi sekalian daripada seluruh warga ahli jawatankuasa kelab. Kami menyusun sepuluh jari dengan rasa rendah diri memohon kemaafan andainya ada salah silap dan terkasar kata.

semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.aminn~~ sambutlah aidifitri dengan berpada-pada.


anak ikan berenang-renang

pergi berenang mencari rakan

dekat dan jauh tetap dikenang

dalam menyambut hari lebaran..


Tulus Ikhlas daripada, AJK Kelab Bola Jaring UBD 09/10

Sunday, September 13, 2009

Bon Voyage Irnnie Suzainne

Selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD 08/09, Irnnie Suzainne yang kini melanjutkan pengajiannya di University of Glasgow, United Kingdom. Irnnie memegang posisi sebagai GD didalam pasukan bola jaring UBD dan telah banyak memberikan komitmen dan sumbangan yang besar kepada pasukan ini.


Good Luck Irnnie. We'll miss u..

We'll miss to see you in action..

Tuesday, September 8, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam sesi 2009/2010

Tarikh: 9 Sept 2009
Jam: 3.30 pm
Tempat: Akan dinyatakan kemudian

Semua ahli jawatankuasa diharap mengambil maklum dan dikehendaki hadir pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.




-Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD-
= 96 =

Friday, August 28, 2009

TARAWIH BAGI KELAB BOLA JARING SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Sebagai menggantikan aktiviti kelab, semua ahli dan ahli jawatankuasa dialu-alukan untuk menyertai solat tarawih yang diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam pada setiap hari Rabu. Aktiviti ini telah pun bermula pada 26hb Ogos 2009 dan akan disambung sehingga penghujung bulan Ramadhan.

Selamat Berpuasa =)

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK


SELAMAT BERPUASA...

salam ramadhan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.semoga amal ibadat kita di bulan yang suci ini diterima oleh Allah swt. selamat menjalani ibadah puasa dan solat tarawih jangan dilupakan~ =)

ucapan tulus ikhlas dari seluruh komiti bola jaring UBD 09/10



Tuesday, August 18, 2009

Aktiviti kelab 2009

Kelab Bola Jaring Universiti akan di adakan setiap hari Rabu kecuali pada hari kelepasan awam dan pada bulan puasa tiada aktiviti akan diadakan *tertakluk kepada perubahan*.
Borang penyertaan kelab akan diberi pada hari Rabu 19hb Ogos 2009. Yuran kemasukan ialah sebanyak $3.00 sahaja.

Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Sukan Universiti
Waktu: 5-7 ptg

LufBru Summer Games Netball 2009

LSG telah berlangsung pada hari Jumat 14/8/2009 di Dewan Serbaguna Berakas. Sebanyak 13 pasukan telah menghantar pemain masing-masing bagi merebut kejuaraan LSG. Pasukan Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam telah menghantar 10 orang pemain iaitu:


  1. Leja Ambol (Captain)
  2. Norshayleen Izyane Norhaslan Zacky
  3. Ruzaihana Hj Abdul Halim
  4. Amalina Karim
  5. Nurul Nadirah Omarali
  6. Yumi Al-Hanisah Hj Rosli
  7. NorFahellnie Nordin
  8. Wardah Mekrat
  9. Fatimah Timbang

13 kumpulan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Nama-nama pasukan tersebut ialah:

Kumpulan A

  1. Nothing but net
  2. Lufbru shuffle
  3. Bru A
  4. Crazy Pandas
  5. UBD
  6. Hakuna Matata

Kumpulan B

  1. Brumanch
  2. Muffins
  3. Jelly Bellies
  4. Red Ayams
  5. Lufbru Underground
  6. Lufbru Remix
  7. Cur Pisang

Di bawah ialah senarai perlawanan bagi pasukan UBD dan skor:

UBD 20-2 Crazy Pandas

UBD 22-2 Hakuna Matata
UBD 17-0 Bru A
UBD 11-6 Lufbru Shuffle
UBD 16-3 Nothing but net


SEMI FINAL
UBD 13-5 Red Ayam


FINAL
UBD 12-18 Lufbru Shuffle

Walau pun telah memenangi kesemua pusingan kelayakan, pasukan UBD terpaksa akur dengan mata akhir di peringkat akhir yang telah berpihak kepada pasukan LufBru Shuffle. Pasukan UBD telah mendapat Naib Juara dan Nurul Nadirah Binti Omarali telah dianugerahkan sebagai Penjaring terbanyak dengan jumlah 59 jaringan.


diantara aksi-aksi pemain sewaktu perlawanan.....








Wednesday, August 12, 2009

Aktiviti kelab 2009

kelab bola jaring universiti akan bermula pada hari ini RABU 12 OGOS 2009, 5-7 PETANG.KOMPLEKS SUKAN UBD.
Borang bagi ahli-ahli baru akan diedarkan pada 19 Ogos 2009 dan semua ahli lama dikehendaki memperbaharui keahlian mereka. Bayaran keahlian ialah $3.00 seorang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Leja (8659838) atau Ruzaihana (8864381).

Tuesday, August 11, 2009

Training for LufBru summer games

7 more hours 'til netball training. A whole day of rest yesterday after the Piala Idris tourney and today we'll be back to playing netball. Yay! :D

How we started ..

We started playing together somewhere around June 2008.. We never thought that we'll still be playing together after PSK. but it turns out that we still are after a year. Which is good. =))))

Okay..it has been along time since im pro on blogspot.i forgot how exciting this thing is. yea right. update again soon. Let's Play Netball!!

Upcoming tournament - 14th Aug 2008 (Lufbru Summer Games 09')