Tuesday, September 29, 2009

Friendly Match bagi Pasukan Bola Jaring UBD

Dimaklumkan kepada semua pemain bola jaring UBD untuk datang friendly match dengan pasukan Revival yang akan mengambil tempat di Kompleks Sukan UBD pada jam 5pm-7pm.

Harap maklum.
-96-

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli Kelab Bola Jaring UBD, rakan-rakan seperjuangan, mahasiswa dan mahasiswi sekalian daripada seluruh warga ahli jawatankuasa kelab. Kami menyusun sepuluh jari dengan rasa rendah diri memohon kemaafan andainya ada salah silap dan terkasar kata.

semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.aminn~~ sambutlah aidifitri dengan berpada-pada.


anak ikan berenang-renang

pergi berenang mencari rakan

dekat dan jauh tetap dikenang

dalam menyambut hari lebaran..


Tulus Ikhlas daripada, AJK Kelab Bola Jaring UBD 09/10

Sunday, September 13, 2009

Bon Voyage Irnnie Suzainne

Selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD 08/09, Irnnie Suzainne yang kini melanjutkan pengajiannya di University of Glasgow, United Kingdom. Irnnie memegang posisi sebagai GD didalam pasukan bola jaring UBD dan telah banyak memberikan komitmen dan sumbangan yang besar kepada pasukan ini.


Good Luck Irnnie. We'll miss u..

We'll miss to see you in action..

Tuesday, September 8, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam sesi 2009/2010

Tarikh: 9 Sept 2009
Jam: 3.30 pm
Tempat: Akan dinyatakan kemudian

Semua ahli jawatankuasa diharap mengambil maklum dan dikehendaki hadir pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.




-Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD-
= 96 =