Friday, October 23, 2009

Applause to all participants!!!!

Diucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring yang telah mengambil tempat pada 21hb Oktober 2009 yang telah dianjurkan oleh Kelab Bola Jaring sempena Pesta Konvo 2009.

Enam buah pasukan telah berentap dalam pusingan Round Robin bagi merebut gelaran juara iaitu:
  1. D-Xtreme
  2. 'X' Spark
  3. Black Ivy
  4. Tixen Wolf
  5. IM
  6. UNeC

Pasukan UNeC telah menjadi Johan keseluruhan dengan 15 mata. Tempat kedua disandang oleh pasukan 'X' Spark dengan 12 mata dan Black Ivy berjaya mendapat tempat ketiga dengan 6 mata.

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kejohanan in.

Pengerusi -96-

Monday, October 19, 2009

Perjumpaan Ketua-Ketua Pasukan yang mendaftar untuk Kejohanan Bola Jaring Sempena Pesta Konvo Yg ke-21 Anjuran Kelab Bola Jaring UBD

dimaklumkan kepada semua ketu-ketua pasukan untuk dapat menghadirikan diri ke Perjumpaan ini yang diadakan pada:-

Tarikh: 19/10/2009 (Isnin)
Tempat: CLT G12 (SHBIE)
Jam: 4.30ptg

*jika sekiranya ketua pasukan tidak dapat menghadirkan diri, diharap dapat menghantar wakil pasukan*


Sekian Terima Kasih.

Friday, October 9, 2009

Kejohanan Bola Jaring Sempena Pesta Konvo yg Ke-21 tahun 2009 Anjuran Kelab Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam

Kelab Bola Jaring UBD ingin menjemput semua mahasiswi-mahasiswi UBD untuk menyertai dan memeriahkan lagi acara kejohanan yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 21hb dan 25hb Oktober 2009
Hari: Rabu & Ahad
Masa: Rabu (2-7pm), Ahad (8pagi hingga selesai)
Tempat: Kompleks Sukan UBD

sila hubungi 8659838 (Lej) untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, September 29, 2009

Friendly Match bagi Pasukan Bola Jaring UBD

Dimaklumkan kepada semua pemain bola jaring UBD untuk datang friendly match dengan pasukan Revival yang akan mengambil tempat di Kompleks Sukan UBD pada jam 5pm-7pm.

Harap maklum.
-96-

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli Kelab Bola Jaring UBD, rakan-rakan seperjuangan, mahasiswa dan mahasiswi sekalian daripada seluruh warga ahli jawatankuasa kelab. Kami menyusun sepuluh jari dengan rasa rendah diri memohon kemaafan andainya ada salah silap dan terkasar kata.

semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.aminn~~ sambutlah aidifitri dengan berpada-pada.


anak ikan berenang-renang

pergi berenang mencari rakan

dekat dan jauh tetap dikenang

dalam menyambut hari lebaran..


Tulus Ikhlas daripada, AJK Kelab Bola Jaring UBD 09/10

Sunday, September 13, 2009

Bon Voyage Irnnie Suzainne

Selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD 08/09, Irnnie Suzainne yang kini melanjutkan pengajiannya di University of Glasgow, United Kingdom. Irnnie memegang posisi sebagai GD didalam pasukan bola jaring UBD dan telah banyak memberikan komitmen dan sumbangan yang besar kepada pasukan ini.


Good Luck Irnnie. We'll miss u..

We'll miss to see you in action..

Tuesday, September 8, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam sesi 2009/2010

Tarikh: 9 Sept 2009
Jam: 3.30 pm
Tempat: Akan dinyatakan kemudian

Semua ahli jawatankuasa diharap mengambil maklum dan dikehendaki hadir pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.




-Pengerusi Kelab Bola Jaring UBD-
= 96 =